Thursday, December 31, 2009

Tiada Bahagia Hakiki di Dunia...

Eh, yer ker? saper kata takde.. i bahagia jerk sekarang nie?? betul ker xde.. tak cayalah..

Sesungguhnya Allah tidak redha untuk memberikan bahagia sejati di dunia. ini adalah pernyataan Allah yang Maha Luas KurniaNya, Yang Maha Bijaksana mengurus seluruh makhlukNya... dan sesungguhnya hakikat keenggananNya menempatkan bahagia sejati di dunia berpunca dari hakikat dunia ini sendiri yang tidak layak untuk diletakkan bahagia yang sempurna. Ini kerana dunia ini sendiri bersifat fana' tidak abadi dan kesudahannya binasa, kotor dan rendah mertabatnya, sehingga Rasulullah SAW pernah menyatakan di dalam sebuah hadis riwayat At-Tirmizi daripada Sahl bin Saad, bahawa sabda baginda,
"Kiranya dunia ini punya nilai di sisi Allah walau hanya senilai sebelah sayap nyamuk pasti Dia tidak akan mengizinkan orang kafir untuk meneguk setitis air di dunia ini."

Dunia yang terlalu rendah dan hina, hakikatnya tidak mampu mengurniakan bahagia sejati yang dicita oleh semua manusia. biarpun ramai yang merasa pernah bahagia, tapi ternyata bahagia yang dikecapi itu ada titik noktahnya yang berakhir dengan kekecewaan yang menyelubungi jiwa.. mencengkam rasa dan melingkar duka.
Lihat sahaja berapa ramai pasangan bercinta yang menyatakan mereka bahagia, sehingga ada yang menyatakan 'dunia ini ana yang punya!'. namun kelihatan di mana-mana jua ramai yang mengeluh kecewa pabila putus cinta. hilang pertimbangan dan berputus asa. manakala yang berjaya ke jinjang pelamin ramai juga yang bercerai berai akhirnya.. dan kalau kiranya bahagia ke akhir usia sekalipun kita takkan mampu menahan takdir kematian yang bakal meroboh istana bahagia yang telah dibina.. tangisan juga yang mengiringi pemergian insan tercinta, teman hidup mencipta bahagia.

Justeru, Mana ada bahagia hakiki di dunia? Derai tawa yang mencorak bahagia akhirnya hilang sepi dilanda badai duka yang memahat hiba.. inilah hakikat dunia. Tiada yang abadi di sisinya..

Begitu jua segala apa yang kita miliki di dunia.. pasti musnah dan binasa atau kita yang lebih dahulu terpaksa pergi meninggalkannya.. bila kematian menjemput kita. Inlah dunia yang saban hari kita berebut dan bertungkus lumus memburunya. Akhirnya, Tiada harta benda pun dapat diusung bersama, ke alam barzakh yang pasti hadirnya selain iman dan amal taqwa di dunia.

Wahai manusia, Yakinlah, tiada bahagia sejati di dunia. Usah bazirkan masa dan usaha mengejar bahagia di dunia. kelak kita pasti menangis di penghujungnya. Ambillah dari dunia sekadar keperluan hidup kita yang sementara. Carilah bahagia hakiki dan abadi di akhirat sana. itulah bahagia yang pasti membahagiakan kita untuk selama-lamanya..
Jika Bahagia di Akhirat yang kita jana pasti Allah akan mengurniakan bahagia di dunia untuk kita sebagai bukti redhaNya dengan usaha kita... itulah al Jannatul 'Aajilah namanya..

1 comment: